Tuesday 11 February 2014

I MISS MY MOTHER :'(

Hai Assalamualaikum . *Fuhhh berhabuk blog Kila , hekhek :'D* Rasanya dah lama sangat tak update . Last update hari tuu last year . Huhh lama tuu . Hekhekk :'D Okeyy mesti pelik dengan tajuk tuu kann ? Okey Kila story :')
"I MISS MY MOTHER" Yess tuu tajuk Kila malam ni . Hmm sedih sebenarnya nak cerita . Tapi tapi it's okey lahh . Kila cerita jugak :') Hmm mak Kila daa takdee . Allah lebih sayangkan mak . 21/01/2014 mak meninggal :'(
Mak sakit secara mengejut , sakit perut . Usus dia pecah . 
Mula mula pagi Subuh , mak mengadu sakit perut dekat abg . Time tuu Kila takde dekat rumah . Kila tidur rumah wan depan ni . Dia ajak teman . And then pagi Subuh tuu kembar Kila datang rumah wan tuu suruh Kila balik . Kila pon balik laa . Lepas tuu mak mengadu , mak sakit perut . Lepas tuu Kila dengan abg hantar mak dekat Klinik 24 jam . Doktor kata , mak kena gastrik and kencing manis tinggi . Hmm okeyy doktor bagi ubat suruh mak makan . Lepas tuu balik rumah , abg pulak nak pergi tengok isteri dia dekat hospital . Isteri dia bersalin . Mak cakap , mak nak ikut . Abg cakap dekat mak , kalau sakit and tak larat , tak payah pergi . Tapi mak nak pergi jugak . Hmm okeyy mak ikut jugak . Sampai hospital , mak duduk duduk , makan dengan Kila , and then mak mengadu sakit perut balik . Hmm tapi mak cuba tahan and tunggu jugak sampai dapat tengok cucu dia yang baru dilahirkan :') Lepas tuu Kila pimpin mak pergi masuk wad tengok Muhammad Khalis . Yess nama dia Muhammad Khalis :') Bila jee masuk and nampak baby tuu , Ya Allahgembiranya Kila tengok mak senyum nampak cucu dia :') And then borak borak , dahh nak balik ni . Mak peluk menantu dia and dengan ucapan yang boleh menitiskan air mata aku . But aku tahan . Tapi yang paling sedih , mula mula mak nak cium Muhammad Khalis . Tapi tak dapat sebab tempat baby tuu tinggi sangat . Tapi mak berusaha jugak cium . Akhirnyaa mak dapat cium jugak :') Masa dalam kereta Kila minum coconut shake , kongsi dengan mak . Sweet kann? And then mak tidur dalam kereta . Sampai jee rumah mak baring jee tahan sakit . Mak muntah muntah . Lepas tuu maghrib abah dengan Kila hantar mak pergi klinik sekali lagi . Doktor pon cakap macam tuu . Gastrik and kencing manis tinggi . Kila cuba pujuk mak untuk pergi hospital . Tapi mak kata macam ni "Takpe lahh , besok kalau takdee kurang , pergi hospital . Kila pon cakap okeyy . Balik rumah Kila bagi mak makan ubat , tidur sebelah mak . Dalam pukul 12 tuu , mak minta nak air . Kila pon pergi dapur , amikkan air . Lepas tuu mak baring lagi . Dalam setengah jam tuu , mak kata mak nak pergi bilik air . Kila hantar dia , Kila pimpin dia . Lepas tuu dia tidur sebelah abah pulak . Kila tidur luar dengan abang , kembar and anak buah . Lepas tuu tiba tiba mak mengadu , mak dahh tak tahan . Dia minta hantar ke hospital malam tuu jugak . Dengan cepat Kila packing barang and then terus gerak ke Hospital Kuala Pilah . Sampai sana dalam pukul 3 pagi . Hmm mak terus dimasukkan dalam zon merah wad kecemasan . Lama sangat nak tunggu keputusan doktor . Dalam pukul 7 pagi doktor baru sahkan yang usus mak pecah , jantung and paru paru mak ada kuman . Ya Allah , hanya Tuhan jee betapa gelisahnyaa aku dan tak dapat tahan air mata . Hmm doktor nak oprait mak , tapi dekat situ takde alat yang mencukupi . Hmm tunggu tunggu dan terus menunggu . Akhirnya doktor kata , mak kena hantar ke hospital kuantan , Jauhh sangat . Lepas tuu doktor cakap , mungkin mak takde harapan . Hmmm tunggu lagi keputusan doktor . And then abg ipar kata , hospital putrajaya ada bilik ICU yang kosong . Siap siap mak terus dihantar kesana . Sampai sane mak patutnyaa oprait , tapi darah mak tak stabil . Jadinyaa mak tak boleh oprait . Tunggu tunggu tunggu dan tunggu . And then malam tuu pada jam8.30 mak oprait . Pukul 10.30 mak sudah oprait . Sebelum tuu doktor cakap , time oprait , jantung mak boleh berhenti . Ataupon selepas oprait , doktor tak boleh janji yang mak boleh sembuh . Hmmm Ya Allah sedihnyaa bila dengar penjelasan doktor . Hari demi hari , Setiap hari berada di sana , tak berhenti untuk berdoakan mak . Menangis ? Setiap masuk bilik ICU tuu , air mata ni jatuh melihat mak . Tak sanggup melihat mak . Sedih sangatt . Satu hari disana , doktor cakap , mak ada perkembangan untuk sembuh dan nak dipindahkan ke wad biasa . Ya Allah gembiranya time tuu . Tapi keesokan harinya 21/01.2014 doktor call abg unntuk berjumpa . Doktor cakap , keadaan mak tiba tiba down . Doktor kata , mak dah takde harapan and doktor tak mampu untuk lakukan ape ape . Bila doktor cakap macam tuu , kami sekeluarga , adik beradik mak masuk ke dalam bilim ICU membaca yasin dan mengajar mengucap . Masa tuu air mata aku tak berhenti mengalir . Abg menyuruh aku dan rina meminta maaf dan menghalalkan makan minum . Dengan tangisan yang meraung , di depan semua orang , aku meminta maaf , menghalalkan makan minum . Sebaknyaa hati ni Ya Allah . Tiba tiba doktor datang mengusap belakang badan Kakngah aku , doktor tuu cakap , mak dahh takde . Ya Allah masa tuu rasa macam nak tumbang . Aku menangis , aku meraung sekuat hati aku . Keluar jee bilik ICU , suami kepada bonda datang memeluk aku . Hmm mak daa tkdee . Walaupon dia bukan mak kandung aku , tapi dia yang menjaga aku dari kecil . Dia yang membesarkan aku . Hmm mak dimandikan di hospital . Semuanya dia hospital . Lepas siap semua , kita orang semua siap untuk membawa mak balik untuk dikebumikan . Dari sana pukul 1.15 pagi , sampai pukul 3.30 pagi . Mak dikebumikan dalam pukul 11 pagi . Bila nak cium mak sebelum mak ditutup , aku meraung sekali lagi . Hati ni berat sangat nak biar mak pergi . Hmm tapi aku kena terima semua ni . Slow slow aku terima . Hari seterusnya berlalu tanpa disisi . Makk ? KilaA RINDU sangat dekat mak . Mak ? Kila sayang sangat dekat mak . Terima kasih selama bertahin bartahun membesarkan Kila dengan Rina dengan ppenuh kasih sayang walaupon kami berdua bukan anak kandung mak . Ya Allah Ya Tuhanku , kau tempatkanlahmak aku di kalangan orang orangyang beriman . Amin :')
Hmm okeyy lahh sampai disini saja entry ni okeyy ? Nanti update lagi :) I MISS MY MOTHER :')